Blog Berita Online

Politik

Tayang gambar Muhyiddin sebab bangga – Wan Saiful

PARIT YAANI – Perasaan bangga terhadap pemimpin merupakan asas parti Perikatan Nasional (PN) memaparkan wajah Tan Sri Muhyiddin Yassin pada poster untuk kempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, parti-parti dalam gabungan PN yakin pengerusi parti mereka itu akan diterima oleh rakyat di Johor.

“Kita bangga dengan pemimpin kita, Perikatan Nasional adalah satu-satunya gabungan yang boleh dengan penuh yain meletakkan gambar Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

“Dengan penuh yakin kita letakkan gambar mereka untuk ditatap oleh seluruh rakyat negeri Johor,.UMNO dan BN malu dengan presiden mereka sendiri, Pakatan Harapan berpecah tak tahu siapa nak jadi ketua, sampai logo pun jadi lain,” katanya selepas berceramah di pekan Parit Yaani sempena kempen PRN Johor di sini, malam tadi.

Beliau ditanya mengenai poster-poster yang digunakan PN pada kempen PRN Johor yang memaparkan wajah ahli Parlimen Pagoh itu sebagai poster boy.

Hadir sama pada ceramah itu calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan, Ahmad Nawfal Mahfuz yang merupakan calon daripada parti Pas.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, PN merupakan parti yang stabil dan mempunyai tiga pemimpin yang berada dalam liga yang berbeza dengan parti-parti lain.

“Kita bangga menayangkan gambar pemimpin kita,” tambahnya. – MalaysiaGazette

Leave a Reply