Hiburan

Teman lelaki cabar pihak berkuasa cari Sajat sampai dapat

Lokasi persembunyian usahawan selebriti, Nur Sajat masih belum dapat dipastikan sehingga kini.

Pihak JAIS sedang berusaha keras untuk mengesan lelaki berusia 36 tahun itu selepas dia gagal menghadirkan diri ke mahkamah bagi sebutan semula kes berhubung menghina Islam.

Di sebalik kontroversi tersebut, muncul pula teman lelaki Sajat yang seolah-olah cuba mencabar pihak berkuasa apabila lelaki Lubnan itu memuat naik kata-kata kurang menyenangkan di Facebook miliknya.

“Kalau kamu rasa boleh cari dia, ambil ini dulu…” tulisnya berserta emoji jari tengah.

Tindakan lelaki itu telah mengundang kecaman netizen yang mahu dia tidak mencampuri undang-undang negara ini.

“Waaahhh.. Looks like someone is challenging the authority.. Don’t be surprised if the PDRM come knocking on your door.. If that happens, don’t give your muka seposen when your face is out on TV with police around you escorting you to the policecar,” tulis seorang netizen.

“Dengan manusia kamu berani la 2 ekoq ni. Dengan hukum Allah berani sungguh engkau cabar,” tulis seorang lagi netizen.

Pada 23 Februari lalu, Nur Sajat mencetuskan kontroversi selepas tidak hadir ke mahkamah bagi prosiding pertuduhan terhadapnya menyebabkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.

Kontroversi tersebut juga telah menarik perhatian sahabatnya Datuk Aliff Syukri yang menasihatinya agar menyerah diri.

Beliau turut meminta Nur Sajat tidak mempermainkan isu murtad sebaliknya menjadi seorang manusia yang sentiasa mahu berubah ke arah kebaikan.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!