Berita Utama

Sambut hari lahir ke-50, netizen puji Tengku Permaisuri Selangor awet muda

TENGKU Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-50 hari ini.

Menerusi laman Instagram Selangor Royal Official, ucapan tahniah dan selamat lahir dititipkan dengan memuat naik beberapa keping gambar Tengku Permaisuri Norashikin sehingga menarik perhatian netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Selangor Royal Official (@selangorroyalofficial)

“Semoga Allah Subhanahu Wata’ala lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan Allah serta hidup dengan penuh kebahagiaan…

“…dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, fid-dunia wal-akhirat,” tulis ucapan tersebut.

Tidak dinafikan, sejak menjadi penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sehingga bergelar Tengku Permaisuri Selangor, ramai tertawan dengan kejelitaan dan kelembutan yang dimilikinya.

Malah, Tengku Permaisuri Norashikin juga dilihat sangat disenangi rakyat dan amat prihatin dengan isu semasa yang berlaku di negeri Darul Ehsan itu.

Meninjau ke ruangan komen, posting meraih hampir 10,000 tanda suka itu dihujani ucapan netizen yang mengambil kesempatan bagi mengucapkan selamat hari lahir kepada Tengku Permaisuri Norashikin.

Selain itu, kebanyakan individu seolah-olah tidak percaya dengan usia Tengku Permaisuri Norashikin yang tidak kelihatan seperti 50 tahun sebaliknya dipuji awet muda seperti umur 30-an.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!