Berita Utama

691 kes positif baharu Covid-19 hari ini!

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media Covid-19 memaklumkan bahawa terdapat pertambahan kes positif Covid-19 kepada 691 kes setakat hari ini, 6 Oktober 2020.

Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 13504 kes. Daripada jumlah tersebut, terdapat kes aktif.

Sehingga setakat hari ini, terdapat 87 kes sembuh. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh beralih angka kepada 10427 kes .

Duka cita dimaklumkan empat kes kematian direkodkan hari ini

PECAHAN KES BAHARU (691)

KEDAH-397
-394 kluster Tembok (3 BWN)
-3 kluster Bah Sintok

SABAH-219
-120 saringan bergejala (3 BWN)
-36 saringan komuniti
-30 kluster Bangau-Bangau (20 BWN)
-19 kluster Ramai-Ramai (Kluster Baharu)
-5 saringan kontak rapat

SARAWAK-3
-1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
-1 saringan Pintu Masuk Domestik
-1 saringan kontak rapat

P.PINANG-3
-1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
-1 kes SARI
-1 saringan kematian

PUTRAJAYA-1
-1 kluster Selasih

TERENGGANU-1
-1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

LABUAN-1
-1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!