Berita Utama

Teruk dikecam netizen, kerajaan Selangor tak jadi potong elaun petugas masjid, surau

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor memutuskan elaun petugas masjid dan surau di negeri itu ditetapkan pada kadar asal selepas surat rasmi mengenai pengurangan elaun berkenaan itu menjadi tular.

Pada 10 September, surat rasmi dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenai pengurangan elaun membabitkan nazir dan timbalannya, setiausaha, bendahari, bilal serta siak daripada keseluruhan RM1,430 kepada RM880 bermula Mei lalu, menjadi tular

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata beliau menerima taklimat daripada Pengarah JAIS dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) berhubung isu pelarasan elaun petugas masjid dan surau.

Beliau berkata, elaun tambahan petugas masjid yang dibayar bermula 2003 adalah daripada hasil kutipan zakat LZS setiap tahun.

Bagaimanapun katanya, akibat COVID-19, kutipan zakat tahun ini mencatatkan penurunan mendadak hampir 20 peratus hingga menyebabkan beberapa pelarasan sementara perlu dibuat.

“Pelarasan itu dibuat mengambil kira keperluan menyalurkan hasil kutipan zakat kepada golongan asnaf yang terhimpit susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Namun, kerajaan negeri membuat keputusan elaun petugas masjid dan surau ditetapkan pada kadar asal selepas mengambil kira keperluan petugas itu.

“Kerajaan negeri akan menanggung implikasi kewangan sebanyak RM3 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, surat rasmi berkenaan memaklumkan pengurangan elaun berkenaan dilaksanakan bermula Mei lalu

Loading...

Leave a Reply