Baru-baru ini, perkongsian Emma Maembong menerima kecaman netizen apabila memuat naik foto memaparkan dia sedang berjalan sambil mengepam susu badan.
Tampil mempertahankan adiknya, Beby Maembong berkata tindakan Emma itu tidak salah kerana tidak menampakkan perkara memalukan. Katanya lagi, sebagai ibu Emma hanya melakukan apa yang terbaik untuk anaknya.
“Sebagai ibu menyusu, kita melakukan yang terbaik untuk bayi kita. Tapi kat komen Emma Maembong ramai yang otak udang cakap tak malu, tengah pam pun nak tunjuk.
“Eh, yang komen tu mesti tak ada anak atau ustaz palsu yang baru nak up. Vodoooo (bodoh) berguni-guni tau.
“Bagi saya tidak ada yang pelik dengan gambar ni. Tak ada apa-apa atau tunjuk apa-apapun. Sama je macam normal Outfit of the Day (OOTD). Jadi apa nak malunya,” katanya.
Kata Beby lagi, dia yang juga ibu kepada tiga cahaya mata juga akan mengepam susu tidak kira dimana sahaja berada termasuklah di depan staff dan di pusat membeli belah.
“Saya kat pusat membeli-belah sambil shopping pun masih boleh pam. Tengah kerja depan staff pun boleh pam. Bukannya tunjuk tet** atau pegang pam tu. Kita pam demi anak,” katanya.
Selepas menerima pelbagai kecaman daripada netizen, Emma mengambil tindakan menutup ruangan komen gambar berkenaan.
Leave a Reply