Blog Berita Online

Berita Utama

Tiga beranak maut kereta rempuh lori

ALOR GAJAH – Sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia setahun maut dalam kemalangan di Kilometer 216 Lebuh Raya Utara – Selatan (arah utara) di sini, tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa yang masing-masing berusia 28 tahun dan bayi meninggal dunia di lokasi.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Muhamad Ezanee Hamat berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 11.02 pagi.

Katanya, sepasukan 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, BBP Ayer Keroh dan BBP Tampin, Negeri Sembilan dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi kita dapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah Honda Jazz dinaiki mangsa sepasang suami isteri bersama bayi mereka dan sebuah lori dua tan.

“Tiga beranak itu telah disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu turut ke lokasi kejadian dan siasatan lanjut siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kesemua mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.

Dalam pada itu, nahas tersebut turut menyebabkan kesesakan trafik lebih lima kilometer.

Leave a Reply