Berita Utama

Tiga ‘minah rempit’ lumba haram ditahan polis

BUTTERWORTH – Aksi tiga wanita yang memandu motosikal secara berbahaya dan berlumba haram di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) Butterworth membawa padah apabila mereka ditahan polis pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, ketiga-tiga wanita berusia antara 21 hingga 32 tahun itu ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang diadakan polis daerah Seberang Perai Utara.

Katanya, ketiga-tiga mereka yang bekerja sebagai operator kilang dan peniaga menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya di lebuh raya itu.

“Mereka disyaki berlumba dari Plaza Tol Bagan Ajam ke arah jejambat Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) sebelum berpatah balik ke plaza tol arah Sungai Dua.

Noorzainy berkata, ujian saringan air kencing keatas wanita itu didapati mereka negatif.

Kesemua mereka ditahan dan akan direman di Mahkamah Sesyen Butterworth dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...

Leave a Reply