Blog Berita Online

Berita Utama

Tindakan wanita buang sampah dalam sungai dikecam

KOTA BHARU – Tindakan seorang wanita yang dipercayai membuang bungkusan plastik di sebuah jambatan di negeri ini mendapat kecaman netizen yang menanggap perbuatan tersebut sebagai ‘tiada sivik’.

Video berdurasi 20 saat itu mula viral apabila dikongsi pelayar laman sosial Facebook dan mendapat pelbagai respon daripada orang ramai.

Rata-rata netizen menganggap tindakan tersebut sebagai tidak bermoral dan si pelaku tidak sepatutnya bertindak demikian dalam keadaan kenderaan yang bergerak.

Tidak kurang juga yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai memalukan rakyat negeri Kelantan apabila si pelaku didakwa menaiki kenderaan yang menggunakan nombor plat ‘D’.

Ada juga yang berpendapat, tindakan seperti itulah yang menyebabkan berlakunya pencemaran sungai sekaligus dikaitkan dengan bencana banjir yang sering kali membawa bersama sampah sarap dan plastik.

Kemarahan netizen kian memuncak apabila ada salah seorang daripada pelayar Facebook berkongsi alamat pemilik kenderaan tersebut termasuklah mahu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya pihak yang terlibat.

Leave a Reply