Viral

Tragedi kereta dirempuh Myvi: Netizen titip semangat buat isteri arwah

Kecoh di media sosial mengenai pemandu Perodua Myvi yang didakwa menyebabkan kematian seorang lelaki selepas terbabit dalam kemalangan di Johor Bahru semalam.

Menurut laporan Harian Metro, Mohd Rizal Buseri yang memandu Honda Accord meninggal dunia selepas keretanya dirempuh Perodua Myvi tersebut yang hilang kawalan.

Tinjauan di laman Facebook mendapati beberapa individu memuat naik posting dengan menzahirkan ucapan takziah kepada isteri Allahyarham yang dikenali sebagai Ekin Amir.

Jumpa di mahkamah!

Memetik laporan media lagi, pemandu Perodua Myvi berusia 23 tahun itu bukan hanya memandu di bawah pengaruh dadah, malah dipercayai tidak mempunyai lesen memandu selain cukai jalan juga sudah tamat tempoh.

Loading...

Leave a Reply