SUDAH agak lama kita tidak mendengar berita mengenai Senior Asisten Komisioner (SAC) Nik Ezanee Mohd Faisal sejak beliau dilantik memegang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor pada April lalu.
Rupa-rupanya dalam diam, beliau bersama anggota bawahannya turun padang menghulurkan bantuan kepada penduduk yang tidak berkemampuan.
Dalam satu posting di Facebook wartawan Syahril A. Kadir, dia telah berkongsi beberapa gambar Nik Ezanee sedang mengangkat kotak berisi makanan asas sebelum menyerahkannya kepada mereka yang memerlukan.
Posting tersebut mendapat pelbagai reaksi positif dari netizen yang rata-ratanya memuji inisiatif yang dilakukan Nik Ezanee dan pasukannya meringankan beban rakyat yang terjejas akibat pelaksaan PKP 3.0.
Malah, ia turut menarik perhatian tuan punya badan sendiri yang meninggalkan komen pada posting tersebut.
Leave a Reply