Blog Berita Online

Viral

Tular gadis makan laksa pakai tangan buat netizen pelik

MAKAN menggunakan tangan adalah budaya orang Asia, malah di Malaysia sendiri makan menggunakan tangan adalah sesuatu yang normal bukan sahaja di rumah tetapi di kedai makan dan restoran.

Sudu dan garfu pula digunakan untuk makanan makanan yang sukar untuk dipegang menggunakan tangan seperti mi atau sup.

Namun perkara itu tidak menghalang orang ramai untuk makan menggunakan tangan mereka, memandangkan makan menggunakan tangan adalah lebih memuaskan dan bermanfaat untuk pencernaan.

Itulah juga yang dapat dilihat dalam sebuah video yang tular di Twitter ini tang mana seorang wanita sedang menikmati semangkuk laksa Johor menggunakan tangannya.

Mungkin kebanyakan orang biasanya makan laksa menggunakan garfu dan sudu memandangkan makanan tersebut adalah makanan berkuah, menyebabkan aksi tersebut agak janggal bagi mereka.

Namun menurut ramai netizen yang meninggalkan komen, makan makanan berkuah menggunakan tangan adalah sesuatu yang normal di negeri Johor dan negeri-negeri Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan.

Leave a Reply