Viral

Tular video ‘ayah saya masak ketum’, netizen sokong guru diambil tindakan

Sejak malam tadi, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang murid perempuan menjawab soalan gurunya mengenai kepandaian bapa memasak di rumah.

Tidak dinafikan budak kecil memang sinonim dengan sifat jujur, termasuk murid tersebut yang menjawab “air ketum” sebelum diketawakan oleh rakan sekelas.

Rakaman berdurasi 15 saat itu mendapat perhatian pakar motivasi, Mohd Fairuz Abu atau dikenali Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang menyifatkan tindakan tersebut adalah satu bentuk pembulian.

“Mana etika anda sebagai seorang guru? Tak fikir ke kesan jangka pendek dan panjang kepada anak ini?

“Kawan budak ini akan mengata. Ejek setiap hari. Pembulian berlaku, lagi dan lagi. Netizen lagilah, macam-macam komen dah ada.

“Fikirlah panjang sikit. Anda seorang guru yang sepatutnya menjadi contoh kepada anak murid!,” tulisnya di laman Facebook.

Beliau juga berharap agar pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil tindakan sewajarnya terhadap guru terbabit yang didakwa merakam video tersebut sehingga menjadi tular.

Sementara itu, netizen turut memberikan pelbagai reaksi yang mana rata-ratanya turut kecewa dengan tindakan guru berkenaan yang disifatkan tiada etika dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendidik.

Loading...

Leave a Reply