Umat Islam dsuruh berbuat baik sesama insan tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama.
Orang yang berbuat baik bukan sahaja disukai dan dikasihi Allah, malah diberikan ganjaran pahala oleh-Nya.
Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi rezeki dengan rakan sekerjanya yang juga merupakan seorang warga Pakistan.
Menurut Nora Azizah, pada mulanya rakan sekerjanya itu menganggap yang dia hanya bergurau bila menyatakan hasrat untuk membelanja nasi ayam sebagai makanan tengah hari.
Namun, setelah Nora memberikan nasi ayam itu kepadanya, lelaki itu seolah-olah terkejut lalu mengucapkan terima kasih berulang-ulang kali.
Tanpa berlengah, lelaki Pakistan itu terus menikmati nasi ayam itu di satu sudut gudang tempat kerjanya dengan penuh selera tanpa mengetahui yang Nora telah merakam videonya sebelum dimuat naik ke Tik Tok.
Video berdurasi 15 saat itu kini mendapat lebih 255 ribu tontonan dan menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen.
Rata-ratanya memuji tindakan Nora yang tidak berkira untuk membelanja orang lain selain ada yang mendoakan agar kedua-duanya dimurahkan rezeki.
Leave a Reply