Hiburan

Umi Zizi Kirana kembali ke rahmatullah

IBU saudara kepada penyanyi rap Zizi Kirana iaitu Rusnani Kassim menghembuskan nafas terakhir di kampung halamannya di Sabah kira-kira pukul 2.40 pagi, Jumaat.

Menurut Zizi, dia dan adiknya mempunyai hubungan rapat dengan arwah ibu saudaranya itu memandangkan arwah yang menjaga mereka sejak kecil lagi.

Bagaimanapun, Zizi masih belum dapat memastikan punca sebenar arwah yang mesra dipanggil sebagai umi itu meninggal dunia.

“Umi merupakan ibu saudara saya yang menjaga saya sejak kecil lagi. Saya dan adik memang sangat rapat dengan arwah… dia jaga kami sejak kecil.

“Kehilangan dia sangat memberi kesan sebab saya sudah menganggap arwah seperti ibu kedua saya,” kata Zizi kepada mStar.

Difahamkan, Zizi dimaklumkan mengenai berita sedih itu selepas selepas menjalani penggambaran drama sekitar pukul 3 pagi tadi.

Sebelum ini, penyanyi Zarina Zainoordin memuat naik status di Instagram mengatakan ibu kepada Zizi meninggal dunia dan memohon agar semua orang mendoakan penyanyi itu serta keluarga diberikan kekuatan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta berharap penyanyi berusia 36 tahun itu kuat menghadapi dugaan tersebut.

Dalam pada itu, pemilik nama Nur Fazelah Mad Tahil kini sedang menguruskan perjalanan pulang ke Sabah selepas sudah mendapatkan kebenaran daripada pihak polis.

“Saya kini berada di lapangan terbang untuk pulang ke Sabah,” ujarnya.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!