Berita Utama

Ustaz Ebit mahu sewa bas hantar pelajar terkandas pulang ke kampung

Beberapa pihak tampil menghulurkan bantuan kepada para pelajar yang terkandas berikutan pihak universiti membuat keputusan untuk menangguhkan proses pendaftaran dan orientasi susulan lonjakan jumlah kes Covid-19.

Antaranya termasuklah pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew yang mahu menyewa bas untuk menghantar pelajar-pelajar ini pulang ke kampung masing-masing.

“Buat adik-adik dan rakan yang daftar universiti terkandas nak balik kampung saya nak sewakan bas. Boleh PM saya,” tulis Ustaz Ebit di Facebook miliknya.

Inisiatif Ustaz Ebit itu mendapat reaksi positif daripada netizen berbanding sesetengah pihak terutamnaya ahli politik pembangkang yang hanya tahu menyalahkan orang lain daripada menyelesaikan masalah.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa rakyat Malaysia tidak menyalahkan mana-mana pihak berikutan peningkatan kes Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, usaha memutuskan rantaian penularan wabak itu adalah tanggungjawab sosial yang perlu dipikul bersama.

Menurutnya, kesemua Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah telah diberi peringatan berkenaan sebarang kemungkinan kenaikan kes mendadak dan melipat ganda usaha mengesan menguji, mengasingkan dan kemudian merawat kes Covid-19.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!