Berita Utama

Imam Masjid Negara, Ustaz Khisamudin Ismail meninggal dunia

PETALING JAYA – Imam Masjid Negara, Ustaz Khisamudin Ismail dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Berita mengenai kematian itu dilaporkan di laman Facebook Masjid Negara Malaysia pagi tadi.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Ustaz Khisamudin bin Ismail, imam Masjid Negara yang telah kembali ke Rahmatullah pada 14 Ogos 2021.

“Moga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi kehilangan insan tersayang. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya ke atas beliau dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

“Saya ada maklumkan kepada beliau untuk menziarahinya bila ada masa yang sesuai. Namun, perancangan Allah SWT sudah pasti ada hikmahnya. Takziah diucapkan kepada keluarga Ustaz Khisamudin Ismail, Imam Masjid Negara,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya tadi.- K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!