Setelah sekian lama, netizen mengumpul bahan bukti dan telah membuat pendedahan tentang penyampaian ilmu Ustaz Muhaizad Al-Yamani yang didakwa menipu dan mengajak kepada amalan syirik ketika berceramah.
Terbaru, Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Muhammad Fahmi telah menegur secara terbuka kecenderungan ilmu Ustaz Muhaizad yang menyimpang dengan ajaran agama Islam.
Manakala di Twitter, seorang netizen menyenaraikan penyelewangan Ustaz tersebut dengan mengumpulkan bukti-bukti video ceramah yang dimuat naik dalam Youtube.
Sesiapa ada ahli keluarga atau kawan yang minat dengar kuliah Encik Muhaizad, nasihatkan mereka untuk berhenti.
Tak perlu jadi alim pun untuk tahu yang dia banyak menipu dan menyeleweng bab agama.
— Yazid Hamka (@hamka_yazid) November 25, 2021
Ustaz Muhaizad yang sering berceramah di kawasan perkampungan terutamanya di Kelantan mempunyai pengikut yang ramai dan ada juga yang taksub dengan cara penyampaian dakwahnya.
Antara penipuan yang dilakukan ketika berdakwah adalah pameran artifak Nabi, menyebarkan hadis palsu, mengatakan zikir amalan Nabi berat untuk dilakukan, mengajar kesyirikan dan banyak lagi.
Namun perbuatan Ustaz ini seperti tiada tindakan yang tegas diambil oleh jabatan agama terutamanya di Kelantan, tempat dia sering menyampaikan ilmu dakwahnya.
Aduan telah dibuat oleh netizen dan harap tindakan segera boleh dilaksanakan untuk mengekang aktiviti dakwah yang bertentangan ajaran Islam.
Ustaz yang menyampaikan dakwah di kawasan perkampungan memang membahayakan jika tidak dipantau tambahan pula kawasan pedalaman yang tidak mempunyai akses Internet yang baik. Apa pendapat anda?
Leave a Reply