Blog Berita Online

Hiburan

Ustazah Asma’ Harun tegur MV lagu terbaru Ayda Jebat

Sejak kebelakangan ini ada sahaja kontroversi terpalit pelakon dan penyanyi Ayda Jebat. Jika sebelum ini, video mesranya bersama suami dikritik netizen, kali ini satu lagi isu timbul.

Sudah sebulan muzik video lagu terbarunya yang berjudul Parah Parah disiarkan di laman YouTube, bagaimanapun, muzik video berkenaan kembali menjadi bualan hangat.

Menerusi satu perkongsian di Facebook pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun memuat naik kenyataan menegur muzik video berkenaan yang disifatkan agak keterlaluan. Kata Ustazah Asma, di saat dunia berdepan pandemik Covid-19, boleh pula menghasilkan muzik video menggairahkan seperti itu.

“Ini satu Musibah Ummah yang PARAH, tatkala kita masih dalam belenggu cengkaman pandemik yang semakin PARAH, kalian menghasilkan sebuah video klip muzik yang menampilkan penyanyi dan penari iringan yang separuh bogel.

“Dengan rentak dan lenggok tarian yang menggairahkan seperti tarian lucah, maaf ia sungguh memalukan

“Sungguh dukacita ini bertambah, dalam situasi musibah pandemik dan pelbagai tanda akhir zaman dan kiamat semakin hampir, janganlah kalian menjadi sebahagian daripada penyubur Fitnah Akhir Zaman,” katanya.

Dalam pada itu, Asma turut meluahkan rasa terkilan dengan sikap penyyanyi tersebut seakan bangga melakukan maksiat secara terbuka serta menjatuhkan maruah wanita Islam.

“Kalian bangga menjadi Top 10 youtube, bangga dengan maksiat yang dilakukan secara terbuka, bangga menjatuhkan maruah Wanita Islam, bangga menambahkan koleksi si pemuas nafsu?

“Saya tahu kamu adalah seorang muslimah, saya tak pasti samada penari iringan islam atau tidak. Saya juga tak pasti, penerbit, pengarah, penyunting, penulis lirik, kareografi tarian dan semua pihak yang terlibat muslim atau tidak, namun kalian semua terlibat,” katanya.

Diakhir perkongsian itu, Ustazah Asma turut memohon maaf seandainya tegurannya itu mengguris hati mana-mana pihak kerana tujuannya adalah untuk menegur mana yang tidak elok untuk dipertontonkan.

Leave a Reply