Hiburan

Utamakan produk keluaran Muslim, Zul Yahya Mart bakal beroperasi Jumaat ini

Bekas pelakon tahun 1990-an yang terkenal dengan karakter komedi, Zulkifli Yahya atau Zul Yahya, 47, kini bakal melebarkan perniagaan dengan membuka kedai runcit, Zul Yahya Mart selepas memiliki restoran Steamboat BBQ.

Menurut Zul Yahya, mini market yang terletak di Bandar Meru Raya, Ipoh ini diharap dapat membantu dan berkongsi rezeki dengan saudara-saudara Islam yang lain.

Katanya, Zul Yahya Mart akan mula beroperasi bermula Jumaat ini dari jam 8 pagi hingga 10.30 malam.

“InsyaAllah, Jumaat ini Zul Yahya Mart mula beroperasi dari 8 pagi hingga 10.30 malam.

“Doakan kami semoga dijadikan asbab atau isyarat untuk terus membantu agama dan bersama-sama meningkatkan ekonomi umat Islam serta kualiti kehidupan di sisi Allah SWT.

“Sama-sama kongsi rezeki Allah swt sediakan dunia untuk kita jaga dengan baik. Ini amanah, bawa kehidupan dunia untuk kebahagiaan di akhirat,” ujarnya.

Cari pembekal produk Muslim

Zul Yahya berkata, mini mart miliknya masih memerlukan pembekal bagi produk-produk Muslim, produk IKS, barang basah dan sebagainya bagi memenuhi keperluan dan ruangan di kedai.

“Banyak lagi produk-produk Muslim yang kami cari seperti mee,laksa,isi kerang,ulam ulaman,tauhu putih, sayur kampung, isi kerang, mee, koetiaw, ikan masin, daging fresh, pekasam keluaran MUSLIM.

“Kami mencari pembekal produk IKS, produk muslim, barang runcit, barang basah, produk viral dan pelbagai produk yang bersesuaian untuk diletakkan di Zul Yahya Mart.Kita kongsi rezeki bersama-sama Insha Allah,” ujarnya.

Tabung keperluan

Lebih menarik lagi, Zul Yahya Mart bukan mengejar keuntungan semata-mata, malah turut mewujudkan ‘Tabung Keperluan’ bagi menggalakkan pembeli bersedekah mahupun membantu golongan yang memerlukan barangan keperluan.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!