Berita Utama

Video detik-detik cemas helikopter terhempas dekat Taman Melawati

Video rakaman memaparkan detik-detik cemas sebuah helikopter yang hilang kawalan dan terhempas di Taman Melawati menjadi tular di media sosial, sebentar tadi.

Video berdurasi 8 saat tersebut sempat dirakamkan oleh orang awam yang berada di kawasan perumahan tersebut. Dipercayai, kejadian baru sahaja berlaku.

Menurut laporan awal, kejadian tersebut melibatkan dua helikopter yang dipercayai bertembung sebelum terhempas.

2 helikopter bertembung ketika ujian penerbangan

Helikopter yang terhempas berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati hari ini,dipercayai bertembung dengan sebuah helikopter lain ketika sedang membuat ujian penerbangan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 11.46 pagi.

“Berdasarkan maklumat awal, kemalangan membabitkan dua helikopter bertembung dan terhempas.

“Terdapat empat mangsa termasuk seorang wanita. Dua mangsa lelaki tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.

“Dua mangsa selamat selepas membuat pendaratan cemas di kawasan sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba masih menjalankan operasi di lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses selanjutnya.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!