Blog Berita Online

Berita Utama

Video pelukan terakhir Siti Sarah dan anak-anak mengundang sayu

Kuala Lumpur: Video pelukan terakhir Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dengan tiga anaknya yang dimuat naik di Instagram penyanyi itu pada 4 Ogos lalu, kini tular di media sosial.

Video berdurasi 52 saat yang menunjukkan Siti Sarah yang berkerusi roda dan memakai alat bantuan pernafasan berpelukan dengan anak-anaknya dengan wajah Allahyarham yang sayu.

Difahamkan, video berkenaan diambil ketika Siti Sarah dimasukkan ke hospital selepas tahap oksigennya menurun pada 4 Ogos lalu.

Di Tik Tok, menerusi perkongsian video itu dengan keterangan ditulis, ‘Tak sangka ini pelukan terakhir anak-anak dia’ berserta dua emoji tangisan yang dimuat naik pemilik akaun @cikmirr kini tular dan mendapat pelbagai komen memilukan daripada netizen.

Tinjauan Harian Metro di Instagram Allahyarham mendapati video itu mendapat lebih lebih 3.3 juta tontonan dan hampir 10,000 komen yang rata-ratanya menulis komen duka dan mendoakan keluarga Allahyarham tabah.

Siti Sarah disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), di sini, jam 5.13 pagi, hari ini.

Sebelum itu, Siti Sarah dimasukkan ke ICU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu. Pada hari yang sama dia sepatutnya memotong gelang kuarantin.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan arwah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada jam 5 petang.

Terdahulu, Siti Sarah bersama suami, Shuib dan tiga anak mereka termasuk pembantu rumah disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.

Pasangan itu yang berkahwin pada 26 Februari 2011 terlebih dulu dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6.

Leave a Reply