Blog Berita Online

Berita Utama

Video penerima vaksin bersesak, langgar SOP tular

KUALA LUMPUR: Tiga rakaman video menunjukkan kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dirakam seorang lelaki tular dalam laman sosial hari ini.

Menerusi video itu, orang ramai dipercayai warga asing yang datang untuk menerima suntikan vaksin didapati tidak langsung menjaga penjarakan fizikal sehingga jumlah yang datang gagal dikawal.

Lelaki yang merakam video berkenaan segera berusaha mengarahkan mereka yang berbaris panjang itu menjarakkan diri selepas melihat jarak badan antara penerima vaksin terbabit bersentuhan antara satu sama lain.

Lelaki terbabit yang nyata kecewa dengan keadaan itu turut menggesa pihak bertanggungjawab menguruskan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berkenaan supaya peka dengan keadaan di lokasi berkenaan.

“Buatlah sesuatu suruh diorang (mereka) balik, saya dah cakap tapi diorang (mereka) degil.

“Kenapalah orang yang ada kuasa tak pandai gunakan kuasa pada waktu macam ini, orang dah ramai mati, bapa orang mak orang, gunakanlah kuasa itu betul-betul,” katanya.

Sementara itu, BH sudah menghubungi Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Kassim dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, bagi mengulas perkara berkenaan dan masih menunggu maklum balas berhubung situasi yang berlaku.

Leave a Reply