Blog Berita Online

Berita Utama

Video reaksi anak-anak Shuib dapat tahu kematian ibu meruntun hati

Sebelum ini, Shuib memberitahu ketiga-tiga anaknya yang berada di rumah masih belum mengetahui berita pemergian ibu mereka.

Terbaru, beliau memuat naik sebuah video di Instagram yang memaparkan reaksi anak-anaknya sebaik sahaja mengetahui ibu mereka sudah meninggal dunia.

Menurut Shuib, ketika arwah meninggal dunia, anak-anak masih tidur. Jadi, dia tidak mengejutkan mereka.

Enggan membiarkan anak-anaknya terus berteka-teki, Shuib berterus terang dan menjelaskan perkara sebenar yang ibu mereka sudah tiada.

“Saya beritahu kepada mereka kalau sebelum ini kita buat solat hajat untuk mohon supaya ibu balik, tapi sekarang ini ibu tidak akan balik rumah lagi. Ketika itu semua diam. Ada yang faham, ada yang tidak faham.

“Saya cuba terangkan satu persatu kepada mereka. Saya beritahu kita berdoa dengan Allah supaya ibu balik, tapi ibu bukan milik kita sebaliknya ibu milik Allah. Jadi Allah tak boleh pulangkan kepada kita sebab Allah terlalu sayangkan dia, mungkin dia terlalu baik. Jadi Allah nak ambil dia dan kita tidak akan jumpa dia lagi.

“Waktu itu anak-anak semua menangis teresak-esak, tapi lama-lama mereka faham. Jadi saya beritahu kepada mereka yang ibu pesan mahu anak-anaknya jadi anak yang soleh dan solehah. Ibu juga beritahu harta yang dia miliki adalah anak-anaknya. Ibu mahu anak-anak turut pandai mengaji dan tidak tinggal solat.

“Ketika berdoa pula, saya meminta pertolongan Allah untuk bimbing saya dan anak-anak menjadi seperti Siti Sarah. Dia nak sangat anak-anak dia menjadi anak yang tidak kedekut dan sentiasa berbuat baik sesama manusia. Dalam doa itu semua anak-anak saya menangis. Allahuakbar, insya-Allah mereka faham,” ujarnya.

Shuib turut meluahkan rasa syukur kerana ketiga-tiga anaknya faham dengan apa yang disampaikan. Shuib turut mengajak anak-anaknya mengerjakan solat Asar bersama, cuma bezanya kali ini tiada lagi solat hajat.

Shuib memaklumkan kepada umum bahawa dia akan memuat naik video penuh mengenai reaksi anak-anakya di akaun Youtube kelak.

Leave a Reply