Blog Berita Online

Berita Utama

Video Ustaz Kazim jalan bertongkat undang sebak

Pasti ramai sedia maklum mengenai kesihatan penceramah terkenal, Dato’ Ustaz Kazim Elias yang dikatakan dalam keadaan tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Awal bulan lalu, beliau terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengadu penat dan sakit kepala sebaik selepas pulang menghadiri rakaman program sebuah stesen televisyen di Kuala Lumpur.

Terbaru, menerusi perkongsian di Instagram @_inaijari, Ustaz Kazim dilihat berjalan menggunakan tongkat selain turut disorong di atas kerusi roda.

Dalam ruangan kapsyen pula menggesa orang ramai agar mendoakan penceramah itu agar kembali pulih seperti biasa.

Berikutan itu, rata-rata netizen mendoakan agar segalanya berjalan lancar dan berharap agar pendakwah kesayangan ramai itu diberi kesembuhan.

Leave a Reply