Shuib Sepahtu memaklumkan dia akan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bertemu bayinya, Ayash Affan buat pertama kali hari ini.
Perkara itu diberitahu Shuib dalam majlis tahlil dan bacaan Yassin untuk arwah isterinya yang berlangsung secara virtual, malam tadi.
“Insya-Allah, kalau ada rezeki, esok saya akan ke HCTM untuk melihat Ayash Affan buat pertama kalinya. Anak-anak pun asyik bertanya. Insya-Allah, kalau ada rezeki esok, saya tak sabar nak tengok dia, pegang dia,” katanya.
Berkongsi mengenai hari pertama tanpa isteri tersayang disisi, Shuib tidak menafikan rasa rindu pada bidadarinya itu adalah satu perasaan yang berat untuk digambarkan.
“Hari ini, hari pertama di mana saya rasa, memang tipulah kalau saya cakap saya okay. Memang satu keadaan yang sangat pelik sebab sebelum ini, walaupun dia tak ada di rumah, tapi sekurang-kurangnya, saya tahu dia ada di hospital.
“Tapi, (hari ini) bila saya turun ke bawah, saya tahu dia memang dah tak ada. Cuma, itulah. Bila dihimpit rindu, bila rindu menjengah, jadi ia sesuatu yang agak berat. Insya-Allah, masa akan mengubati dan rindu akan kekal selamanya,” katanya.
Leave a Reply