Viral

Wajah dihina masa ‘live’, gadis tampil cantik lepas jurusolek buat transformasi

Baru-baru ini, seorang gadis telah dihina sewaktu membuat live di TikTok bagi membuat tutorial solekan hanya kerana dianggap tidak cantik oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan.

Sedih dengan situasi tersebut, Sobah Rajaai,21, bagaimanapun tidak berdendam malah telah memaafkan mereka yang telah melukakan hatinya pada ketika itu.

Terbaharu, seorang jurusolek iaitu Syakirah Syabari bersama pereka fesyen, Azzim Aziz telah berganding bahu bagi menata wajah dan gaya Sobah bagi memberikan kelainan pada penampilannya. Memang wow!

Hasil sentuhan jurumekap yang menambah seri pada wajahnya..


Memang cantik sekali hasil solekan ini. Moga selepas ini Sobah terus maju ke hadapan dan berjaya dalam bidang yang diceburi. Abaikan segala kecaman dan fokus sahaja pada matlamat hidup sendiri!

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!