Berita Utama

Wajah dua suspek conteng mural didedah, kali ini lebih jelas

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video dari kamera litar tertutup (CCTV) dengan jelas memaparkan dua wanita sedang menconteng mural pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, U12, Shah Alam baru-baru ini.

Rakaman video yang diciap oleh Raja Petra Kamarudin menerusi twitternya menunjukkan kedua-dua suspek dipercayai sedang menconteng mural wira-wira negara melawan Covid-19 itu.

Dalam kejadian Isnin lalu, mural yang memaparkan wajah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin telah diconteng dengan kata-kata jelik.

Lukisan dinding hasil karya pelukis Terengganu, Muhammad Suhaimi Ali bersama dua rakannya itu turut memaparkan wajah Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di samping Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Albakri dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tindakan yang dianggap dan tidak bertanggungjawab pelaku terbabit mencetuskan kemarahan masyarakat dan mereka mendesak pelakunya ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan dengan segera. – Edisi 9

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!