Blog Berita Online

Berita Utama

Ramai puas hati, polis jerkah wakil rakyat enggan tunjuk surat rentas negeri

TULAR di media sosial video seorang anggota polis menjerkah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu kerana enggan menunjukkan surat rentas negeri.

Video berdurasi 2:20 minit itu memaparkan anggota polis berkenaan cuba menghalang kenderaan yang membawa Ronnie Liu daripada memasuki kawasan mahkamah.

Dalam nada yang tegas, anggota polis itu mengarahkan Adun DAP itu supaya memberhentikan kenderaannya dan menunjukkan surat rentas negeri namun beliau gagal berbuat demikian dengan memberikan pelbagai alasan.

Bagaimanapun, Ronnie Liu dibenarkan untuk meneruskan perjalanan selepas mendapat kebenaran di atas budi bicara daripada Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Sementara itu, netizen meluahkan rasa puas hati melihat ketegasan pihak polis dalam memastikan SOP ketika PKP dan PKPD dapat berjalan dengan baik dan tiada sesiapa pun terkecuali andai melakukan kesalahan melanggar SOP.

Terdahulu, isu pekebun haram yang menam durian Musang King di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub memasuki episod baharu apabila Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bertindak tegas dengan memusnahkan kebun seluas 101 itu bermula semalam.

Tindakan itu menaikkan kemarahan beberapa pihak termasuk beberapa pemimpin DAP yang begitu lantang mempertahankan pekebun-pekebun haram.

Malah, seramai 18 individu termasuk seorang wanita telah ditahan dan direman selama dua hari kerana melakukan provokasi melampau terhadap pihak berkuasa.

Pihak polis juga telah membuka dua kertas siasatan terhadap Ronnie Liu susulan kekecohan yang berlaku di pekarangan Mahkamah Raub, semalam.

Leave a Reply