Seorang gadis obesiti, Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 24, atau Wani Comel yang pernah berhadapan konflik dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri disahkan telah meninggal dunia akibat Covid-19.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 9 malam tadi.
Perkara berkenaan telah disahkan sendiri menerusi satu perkongsian di Instagram wanicomel20, sebentar tadi.
“Saya ingin maklumkan Nurul Airawani Nazira @Wani Comel dah kembali ke rahmatullah pada jam 9 malam tarikh 18 Ogos 2021. Wani pergi pada hari yang sama anak saya meninggal. Mereka berdua meninggal disahkan Covid 19..Allahuakbar Allahuakbar.
“Sayu hati saya 2 insan yang saya sayangi telah pergi dihari yg sama. Saya mohon pada semua rakan rakan sedekahkan AlFatihah utk Wani Comel & Putri Nur Rabiatul Nabihah,” ujar kenyataan yang ditulis di Instagram berkenaan.
View this post on Instagram
Nama arwah mula menjadi perhatian ramai apabila berhadapan dengan kontroversi dengan Datuk Seri Aliff Syukri berkenaan dengan tajaan dan pelanggaran kontrak.
Difahamkan, Allahyarham baru sahaja kehilangan abang sebulan yang lalu akibat terjatuh di tempat kerjanya.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Airawani dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Leave a Reply