Blog Berita Online

Uncategorized

Wanita maut tersepit kereta bertembung lori

Kluang: Seorang wanita maut selepas Proton Saga FLX dipandunya bertembung sebuah lori dalam kemalangan di Batu 17, Jln Kluang- Mersing, Kluang di sini, pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Pegawai Bomba Kanan II Zaidi Tumiran berkata, mangsa yang dikenali sebagai Shatnam Parwin Mohd Salim, 29, tersepit di tempat duduk pemandu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan.

“BBP Kluang menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian MERS 999 pada 8.40 pagi.

“Sebuah jentera FRT dan EMRS dari BBP Kluang dengan kekuatan keseluruhan sembilan anggota dihantar ke tempat kejadian.

“Terdapat seorang mangsa perempuan dewasa tersepit di tempat duduk pemandu dan seorang lelaki berusia 55 tahun iaitu pemandu lori dalam keadaan selamat.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 10.15 pagi,” katanya.

Leave a Reply