Pilu hati seorang suami apabila isteri yang baru sehari dinikahi telah pergi buat selama-lamanya.
Lebih memilukan apabila wanita itu meninggal dunia secara tiba-tiba tanpa sebarang penyakit kronik.
Menurut seorang pengguna Facebook bernama Amaleng Husni, sepupunya yang dikenali sebagai Siti Saraf telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan jejaka idamannya pada 23 Oktober yang lalu.
Namun, sehari selepas itu, Siti Saraf dikatakan telah pengsan sebelum disahkan meninggal dunia dipercayai akibat kekurangan oksigen di dalam otak.
“Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Al-Fatihah buat dua pupu Siti Saraf. Semalam baru akad nikah harini Allah dah jemput arwah,” tulis Amaleng di Facebook selain turut memuat naik gambar dirinya bersama pasangan pengantin.
Perkongsian Amaleng telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata menyatakan kesedihan dengan kejadian yang berlaku.
Mereka mendoakan agar suami Siti Saraf iaitu Akmal Aziz dapat menerima ujian ini dengan sabar selain mendoakan agar roh wanita itu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Leave a Reply