Viral

Wanita sarat hamil sesak nafas, ‘pergi’ bersama bayi dalam kandungan

Kasih ibu membawa ke syurga. Itu perumpamaan tepat menggambarkan wanita bergelar ibu yang sanggup berkorban jiwa dan raga serta bergadai nyawa demi memastikan anak dilahirkan membesar menjadi insan berjaya.

Namun tiada siapa yang mampu melawan takdir. Pagi tadi, seorang wanita yang sedang sarat mengandung, Shamira Roslan meninggal dunia bersama bayi yang dikandungnya akibat komplikasi jangkitan kuman.

Arwah menghembuskan nafas yang terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Taiping pada 10.30 pagi.


Menurut sepupu Shamira yang dikenali sebagai Shuhada Fazli, arwah dikatakan mengalami sesak safas sebelum dikejarkan ke hospital.

Tidak lama kemudian, bayi dalam kandungannya meninggal dunia sebelum arwah pula dilaporkan tenat.

Namun, sudah ketentuan Allah, arwah pula ‘pergi’ buat selama-lamanya akibat komplikasi berkenaan.

tidak lama kemudian wanita itu dikhabarkan sudah menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi berkenaan.

Berita sedih itu mengundang sebak orang ramai yang terkesan dengan pengorbanan ibu berkenaan dengan mengucapkan takziah di laman Facebook masing-masing.\

Difahamkan, arwah Shamira meninggalkan seorang suami Muhamad Nor Syahiddan dan seorang anak lelaki Aisy Hafiy.

Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang beriman dan diharapkan agar ahli keluarga yang ditinggalkan menerima ketentuan ini dengan penuh ketabahan.

Loading...

Leave a Reply