Viral

Wanita takut katak ada dalam bilik sampai terpaksa panggil bomba

Hanya kerana seekor katak, sepasukan bomba turun ke lokasi untuk menyelamat selepas menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita.

Menurut Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, kejadian berlaku semalam apabila dihubungi pengadu pada pukul 9.37 malam mengatakan terdapat katak di rumahnya di Bukit Indah.

Seramai enam anggota bergegas ke tempat kejadian dan menurut laporan, terdapat seekor katak berada atas pintu di dalam rumah.

“Anggota bertindak menangkap dan melepaskan katak tersebut di tempat selamat,” menurut laporan yang dimuat naik di Facebook pasukan keselamatan itu malam tadi.

Rata-rata warga maya di ruangan komen berasa geli hati dengan insiden itu, ada juga yang bersimpati dengan situasi yang dihadapi wanita terbabit.

“100 peratus kebarangkalian Kak Rina ini fobia katak, dalam rumah sendiri…jiran-jiran bercuti, jadi terpaksalah minta tolong bomba,” catat Amoxycillin Lamak.

“Yang memang takut katak je faham perasaannya. Nak halau guna penyapu risau dia melompat ke muka,” catat Mekcha Ameena.

Bagaimapun warga maya tetap memuji anggota bomba yang pantas bertindak walaupun melibatkan aduan kes kecil.

“Terima kasih abang bomba, jasamu dikenang. Kalau saya di tempat kejadian, saya pun akan hubungi bomba,” kata pengguna Facebook Jue Juriyani Mustafa yang mengakui fobia dengan spesis amfibia itu.

“Abang-abang bomba memang terbaik. Ikhlas menjalankan tanggungjawab, bergegas dengan siren berbunyi walaupun kesnya cuma katak,” catat Aida Isma.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!