Viral

Warga emas tembak mati kucing kerap berkeliaran di halaman rumahnya

Seekor kucing mati ditembak dengan pistol angin oleh seorang warga emas selepas haiwan itu sering berkeliaran di halaman rumahnya.

Menurut Persatuan Haiwan Malaysia, lelaki berusia 70 tahun itu telah dikenalpasti dan merupakan jiran terdekat kepada pemilik kucing malang tersebut.

“Kejadian tembakan kucing di Kampung Pintu Geng, Kota Bharu Kelantan ini dilaporkan berlaku dua kali iaitu pada 1 Ogos 2020 dan terbaharu pada 20 Ogos 2020. Ia melibatkan seekor kucing mati dan seekor lagi cedera parah di kepala.

“Pelaku warga emas yang berpencen ini telah dikenal pasti dan merupakan jiran terdekat pemilik kucing.

“Pistol angin merupakan senjata yang dikategorikan berbahaya dan mampu membunuh manusia terutama kanak-kanak jika disalah guna. Apatah lagi jika digunakan untuk membunuh haiwan dengan sengaja.

“Animal Malaysia masih menunggu laporan rasmi pemilik kucing kepada pihak berkuasa bagi membolehkan pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang terhadap pelaku zalim ini,” katanya.

Loading...

Leave a Reply