Seperti yang semua sedia maklum, perniagaan adalah salah satu sumber yang membuka banyak peluang pendapatan.
Jika berusaha keras, tidak mustahil seorang peniaga boleh mencapai apa sahaja yang diimpikannya.
Seperti video tular di laman sosial ini, seorang founder yang baru berusia 18 tahun mampu membeli dua buah MPV Alphard bernilai RM600,000 secara tunai.
Menerusi video tersebut, founder yang dikenali sebagai Ayunie itu meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang diperolehinya itu.
Dia sama sekali tidak menyangka mampu membeli dua buah MPV sekaligus ketika negara sedang dilanda pandemik.
Dalam video berdurasi lebih kurang seminit itu, Ayunie dilihat mengeluarkan wang tunai dan melonggokkannya di atas meja.
Jelasnya, wang tersebut adalah hasil jualan produknya sebanyak 1.1 juta botol yang laris dalam masa 30 minit sahaja. Fuh!
Menurut founder cantik ini, sebuah MPV adalah untuk kegunaan dirinya manakala sebuah lagi untuk dihadiahkan kepada seseorang namun, dia tidak mendedahkan siapakah penerima bertuah itu.
Leave a Reply