Hiburan

Zizan dikecam lepas buat lawak seluar dalam Jennie Blackpink

Cubaan pelawak dan pelakon Zizan Razak membuat lawak mengenai seluar dalam dipakai penyanyi kumpulan K-pop Blackpink, Jennie, bukan mengundang lucu sebaliknya komennya itu menjadi pertikaian pengguna media sosial.

Antara lain, pengguna media sosial mengingatkan pelakon filem Polis Evo itu agar lebih menghormati wanita dan tidak melakukan lawak tidak wajar seperti itu.

Menurut pengguna akaun Twitter @Staph2019, lawak Zizan dilihat memberi gambaran buruk terhadap negara.

“Zizan adalah artis dari Malaysia, jadi dia mewakili Malaysia. Terima kasih atas tindakan yang memalukan ini.

“Ini adalah gangguan seksual. Bukan lawak. Zizan perlu tahu had,” ciapnya.

Selain itu, pengguna akaun @flamingoboii turut menambah meskipun Jennie tidak memahami bahasa Melayu, ia tidak memberi hak kepada Zizan berkata demikian.

“Mana rasa hormat kepada wanita, dah la tak lawak kemudian guna lawak tak wajar,” ciap netizen itu.

 

View this post on Instagram

 

With @calvinklein

A post shared by J (@jennierubyjane) on

Gambar yang menjadi pertikaian itu adalah yang dimuat naik oleh Jennie, semalam. Gambar tersebut mendapat lebih 5 juta tanda suka dan lebih 120,000 komen.

“Nah sayang ini. Patutlah abang cari boxer (seluar dalam) abang tak jumpa. Sayang pakai rupanya.

“Tolong basuh nanti pulang balik ye sebab abang beli bundle tu. Barang kena selam baru dapat,” katanya.

Sementara itu, netizen dari Twitter @fathiah_Ego7 pula berkata: “Ini bukan membela artis k-pop tetapi komen Zizan sangat menjijikkan bagi saya. Dia wanita, mana rasa hormat?”ciapnya.

Loading...

Leave a Reply