Berita Utama

Zul Yahya tolak vaksin dan berhentikan anak sekolah demi masa depan?

SEBELUM ini pernah tular kes suami selebriti, Ina Naim iaitu Suhaimi Saad yang merupakan seorang penolak vaksin tegar dan tidak menghantar anak mereka ke sekolah demi mengejar hal agama.

Kini pelakon veteran tanah air, Zul Yahya pula tampil dengan pendapatnya sendiri apabila mengatakan wabak berbahaya COVID-19 ini adalah konspirasi Yahudi untuk mengawal pergerakan umat Islam.

Malah, posting Zul Yahya dengan mengatakan “Dajjal besar on the way” juga sungguh mengelirukan ramai.

Pada masa yang sama, Zul mengaku terpaksa memberhentikan persekolahan anak-anaknya kerana ingin memberi penekanan lebih kepada ilmu akhirat.

“Bukan kami tidak ambil berat tentang masa depan mereka tapi kami nak anak kami lebih berjaya. Ilmu akhirat itu lebih penting dari segala-gala ilmu,” tulisnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata menolak pendapatnya tentang memberhentikan anaknya ke sekolah. Ramai mengatakan, ilmu dunia dan akhirat seharusnya bergerak seiring.

Malah, ada juga yang mengetengahkan para ilmuan Islam yang terdahulu seperti Ibu Khaldund an Ibnu Sina menuntut ilmu dunia untuk disebarkan kepada generasi akan datang.

Semoga kefahaman kita tidak memudaratkan orang sekeliling.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!