Berita Utama

2 maut dan 2 cedera lepas helikopter bertembung di Taman Melawati

Dua terbunuh manakala dua yang lain cedera parah selepas dua helikopter bertembung antara satu sama lain berhampiran Taman Melawati, Selangor hari ini.

Menurut maklumat awal daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, kemalangan itu berlaku menjelang tengah hari.

Difahamkan korban itu membabitkan dua lelaki, manakala mangsa yang cedera melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita.

Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 11.46 pagi.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!