Blog Berita Online

Berita Utama

4 remaja buli warga emas direman tiga hari

PASIR PUTEH – Empat remaja yang dipercayai terlibat dalam kes buli seorang wanita warga emas di Banggol Pauh, Bekelam dekat Bachok Rabu lalu direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Perintah tahanan reman bermula hari ini hingga Selasa depan terhadap keempat-empat suspek berusia 15 hingga 18 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Tuan Mohd. Dinie Shazwan Ab. Shukor.

Kesemua remaja itu ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 kerana menyebabkan kecederaan kepada mangsa dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Terdahulu, mereka tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Pasir Puteh di sini hari ini pada pukul 9.50 pagi dengan menaiki van polis.

Mereka kelihatan sugul selepas mahkamah menetapkan tahanan reman terhadap mereka.

Dalam video berdurasi 30 saat itu, sekumpulan remaja bertindak mengganggu seorang warga emas berusia dalam lingkungan 70-an.

Mereka bertindak mengacah-acah untuk menendang dan menumbuk warga emas itu sehingga wanita tersebut cuba untuk mempertahankan diri dengan menggunakan payung yang dibawanya.

Warga emas yang memakai tudung, baju dan kain batik itu kelihatan berang dengan perbuatan remaja tersebut,namun dia hanya mampu membalas perbuatan mereka dengan kata-kata.

Bimbang dengan keselamatan diri, wanita warga emas itu bertindak melarikan diri kawasan gelap yang dipercayai hutan yang berada berhampiran lokasi kejadian.

Leave a Reply