Berita Utama

561 kes Covid-19 dicatatkan hari ini, 448 di Sabah

PETALING JAYA: Sebanyak 561 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, dengan 448 kes di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan daripada jumlah kes baharu itu, 553 daripadanya kes penularan tempatan dan 8 kes import.

Sabah terus melaporkan angka tertinggi, diikuti Selangor 26 kes, dan Kedah 16 kes.

Ketika ini, seramai 4,587 orang sedang dirawat di hospital.

Hari ini, 133 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital. 2 kematian dilaporkan.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!