Blog Berita Online

Berita Utama

Ulama nusantara, Tuan Guru Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam meninggal dunia

Ulama nusantara, Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Nadwi al-Maliki dikhabarkan telah meninggal dunia, hari ini.

Ulama kelahiran Kalimantan Selatan berusia 62 tahun itu menghembuskan nafas yang terakhir pada kam 7.30 pagi.

Allahyarham Sheikh Ahmad Fahmi cukup dikenali di Malaysia kerana telah menulis puluhan kitab yang terkenal antaranya 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman, 40 Hadis Penawar Hati, 40 Hadis Akhlak Mulia serta pelbagai terjemahan kitab-kitab karangan ulama silam alam Melayu Nusantara.

Selain itu, Allahyarham sangat aktif menyampaikan dakwah dan pengajian di masjid, madrasah, surau dan juga corong-corong radio.

Allahyarham  mendapat didikan secara langsung daripada ulama India yang terkenal iaitu Sayyid Abul Hasan Ali Al-Hasani An-Nadwi RA yang telah wafat pada tahun 1999.

Allahyarham juga pernah berguru dengan ulama yang diberi gelaran “Musnid Dunya” iaitu Syeikh Muhammad Yasin Al-Fandani yang wafat pada tahun 1990 dan telah memperolehi Ijazah ‘ammah dalam ilmu hadith daripada gurunya itu.

Arwah juga sempat berguru dengan Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki Al-Hasani RA sehingga beliau dianugerahkan gelaran “al-Maliki” oleh gurunya itu pada tahun 2002.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan buat seluruh umat Islam terutamanya di nusantara.

Semoga Allah merahmati roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah..

Leave a Reply