Blog Berita Online

Viral

Kebaikan terus disebut, rupanya Abang Viva jaga dua anak buah lepas kakak meninggal dunia

SEJAK kisah mengenai abang Viva viral selepas dijulang sebagai wira tidak didendang ketika membantu warga Shah Alam, Selangor, muncul sekeping gambar Azwan Omar, 29, bersama keluarganya di media sosial.

Gambar tersebut memperlihatkan Azwan bersama keluarganya ditemani dua wanita, ibu dan ayahnya serta dua orang kanak-kanak.

Azwan yang ditanya mengenai dirinya mengatakan dua orang kanak-kanak itu merupakan anak saudaranya yang dia bersama-sama bantu memelihara selepas kakaknya meninggal dunia.

Kata Azwan, anak buahnya itu dijaga sejak berusia setahun lagi.

“Kahwinpun belum, bujang dan single,” jawab ringkas Azman ketika dihubungi UtusanTV.

Nama Azwan menjadi bualan selepas membantu mangsa banjir malam Sabtu lalu di Shah Alam dan kini dia berada di Temerloh, Pahang bagi membantu penduduk di situ.

Sejak tiga hari lalu, Azwan hanya tidur di dalam kereta Viva miliknya bagi membantu penduduk-penduduk yang memerlukan bantuan.

Tambah Azwan anak buahnya itu merupakan anak kepada kakak pertamanya.

Ditanya sama ada anak buahnya menelefon untuk meluahkan rasa rindu kerana dia kini berjauhan di negeri orang, Azwan hanya menjawab “Dia nak call cakap rindu memang tak ada, tapi kita fahamlah dia punya hati tu”.

Dalam pada itu, Azwan juga mengatakan, dia masih belum terfikir berapa hari akan berada di Pahang, dan akan pulang ke Alor Gajah, Melaka apabila sampai waktunya.

“Belum tahu lagi, kita akan ikut air,” katanya.

Leave a Reply