Berita Utama

Ada lagi cuba rentas negeri, 230 kenderaan diarah patah balik

ALOR SETAR 11 SEPTEMBER 2020 - Pihak Polis dan Askar bekerjasama mengadakan sekatan jalanraya di Jalan Hutan Kampung berikutan pengumuman PKPD Kota Setar akibat penularan dan peningkatan kes Covid-19 Kluster Sungai yang bermula hari ini.
GAMBAR-SHAHIR NOORDIN

KOTA BHARU – Sebanyak 230 kenderaan yang cuba memasuki Kelantan menerusi tiga sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri diarah berpatah balik dalam tempoh 24 jam sehingga pagi tadi.

Ia menjadikan keseluruhan 1,656 kenderaan yang diarah berpatah balik sejak Sabtu lalu sehingga pagi tadi.

Kesemua kenderaan yang diarah berpatah balik membabitkan SJR di Jeli, Pasir Puteh dan Gua Musang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata pemandu terbabit diarah berpatah balik

kerana gagal mengemukakan surat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk merentas negeri.

“Setiap hari kita mendapati cubaan untuk masuk ke Kelantan semakin berkurangan, mungkin mereka sudah sedar sekatan ketat dilakukan.

“Justeru, polis mengingatkan perantau supaya tidak cuba merentas negeri,” katanya.

Dalam perkembangan lain mengulas mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Bunut Susu, Shafien mencadangkan supaya bekalan makanan yang dihantar oleh pelbagai pihak untuk diagihkan kepada penduduk ditempatkan di Markas Operasi Sekolah Kebangsaan (SK) Penggu.

Katanya, ia bagi mengelak orang ramai masuk ke kawasan berkenaan yang agak membahayakan.

“Semua bekalan makanan ditempatkan di sekolah berkenaan dan hanya ketua keluarga yang keluar untuk mengambil bekalan makanan terbabit,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Said Sidup, berkata pihaknya sudah menghantar 492 bakul makanan kepada tiga kampung berkenaan pagi tadi.

Katanya, bakul makanan berkenaan ditempatkan di surau sebelum penghulu mengagihkan kepada penduduk kampung,” katanya.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!