Politik

‘Ada pertambahan sokongan kepada Anwar’ – Shamsul Iskandar

KUALA LUMPUR – Sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri didakwa bertambah berbanding 105 ahli Parlimen sebelum ini.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika memaklumkan perkembangan itu, bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah pertambahan dan ahli Parlimen mana yang memberikan sokongan berkenaan.

“Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada pertambahan (sokongan). Kita tak dapat dapat dedah kerana arahan Istana Negara ialah menjaga kerahsiaan,” katanya kepada BH, hari ini.

Malam tadi, Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan beliau dan Anwar dinamakan oleh PH Plus sebagai calon Perdana Menteri.

Kata Mohd Shafie, ia berasaskan 105 sokongan yang diterima masing-masing, tetapi siapa di antara mereka berdua yang dapat meraih undi bagi menambah kekuatan itu akan menjadi calon pilihan.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!