Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pasti menginginkan kehidupan yang bahagia hingga ke akhir hayat.
Namun sebagai manusia kita hanya mampu merancang kerana yang menentukan hanyalah Allah semata-mata. Dia lebih tahu segala-galanya termasuklah soal ajal seseorang.
Menerusi satu perkongsian di Tiktok, seorang individu bernama Afiq telah memuat naik video yang memaklumkan bahawa dia sangat merindui arwah adik perempuannya.
Berdasarkan video-video tersebut, dapat dirasakan bahawa hubungan mereka pasti akrab.
Menurut Afiq, arwah dan suaminya meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.
Difahamkan, mereka baru tiga bulan bernikah dan bakal melangsungkan majlis persandingan pada 30 Mei ini.
Rata-rata netizen yang menonton video tersebut ternyata sebak kerana arwah tidak sempat naik pelamin seperti yang dirancang dan majlis itu terpaksa diganti dengan kenduri tahlil.
Leave a Reply