Politik

Ahli Parlimen DAP bengang kes Malaysiakini dibawa ke mahkamah

Ahli Parlimen DAP, Teo Nie Ching hari ini menyifatkan prosiding menghina mahkamah terhadap portal pro pembangkang, Malaysiakini dan Ketua Pengarangnya, Steven Gan oleh Peguam Negara Idrus Harun akan memberi implikasi yang besar kepada media dan pengguna sosial media.

Menurutnya, pemilik sesebuah laman media atau media sosial tidak seharusnya dipersalahkan sekiranya ada pengguna media sosial yang sengaja meninggalkan komen-komen tidak bertanggungjawab di laman tersebut.

Beliau tidak menolak untuk tindakan diambil oleh pihak berkuasa ke atas mana-mana pengguna media sosial yang sengaja mengeluarkan komen-komen yang boleh mengapi-apikan sebarang isu.

Teo Nie Ching pagi ini hadir ke Mahkamah Persekutuan bagi memberi sokongan kepada Malaysiakini.

Idrus pada 16 Jun memfailkan prosiding hina mahkamah terhadap portal Malaysiakini dan ketua editornya Steven Gan berhubung komen pembaca dalam artikel bertarikh 9 Jun berkenaan arahan supaya semua mahkamah beroperasi sepenuhnya bermula 1 Julai selepas kerajaan mula melonggarkan perintah kawalan pergerakan disebabkan wabak Covid-19.

Dalim afidavitnya, peguam negara itu berkata komen-komen dirujuk dengan jelas membawa maksud badan kehakiman melakukan salah laku, terlibat dalam aktiviti rasuah, tidak menegakkan keadilan dan mengkompromi integriti badan kehakiman.

“Komen-komen tersebut menggugat keyakinan awam terhadap badan kehakiman dan secara nyata berniat menjatuhkan nama baik pentadbiran keadilan oleh badan kehakiman,” kata Idrus.

Mahkamah Persekutuan sehari kemudian membenarkan permohonan Idrus dan menetapkan prosiding bermula 2 Julai.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!