KUALA LUMPUR – Pemain gitar Samudera, Aimi atau Norazmi Mohd Abdullah telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar pukul 10.39 malam tadi dipercayai disebabkan wabak Covid-19.
Berita sedih itu dikongsi oleh pemain drum Samudera, A’ai di laman Facebook Samudera Fans Club.
“Assalamualaikum dapat khabar Aimi telah kembali kepada pencipta-Nya. Al-Fatihah buat arwah. Segala kenangan bersama akan tetap mekar selamanya,” tulisnya.
Sementara itu, Amy Ukays turut mengulang siar berita berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menjengah di ruangan komen Amy, Ujang yang merupakan bekas anggota Samudera tampil melayangkan pertanyaan tentang punca pemergian Allahyarham.
“Terkena Covid-19,” balas komen Amy kepada Ujang.
Leave a Reply