Pelakon dan model sensasi, Alicia Amin akui kecewa dengan sikap segelintir netizen yang suka melemparkan komen negatif terhadap individu yang menjadikan anjing sebagai haiwan peliharan.
Memuat naik status di Insta Story, Alicia berkata orang luar tidak berhak mempertikaikan keputusannya untuk membela anjing.
Ujarnya, jika mereka tidak selesa, tidak perlu melihatnya.
Katanya lagi, dia sudah penat membaca komen bodoh netizen mengenai anjingnya.
“I’m so tired of all these stupid comments regarding my dogs. They’re the goodest dogs who do nothing wrong and I know “Ada je Melayu yang ada anjing kenapa kena post”
“Excuse you suka hati la. Tak suka, tak payah bela anjing. Aku yang bela bukan kau,” katanya.
Dalam pada itu, Alicia berkata lebih baik jika kita sentiasa berbuat baik terhadap haiwan berkenaan daripada terus memikirkan tanggapan negatif segelintir pihak.
“Jaga hati orang yang suka cakap buruk tak guna. Baik jaga anjing yang akan menyayangi dan melindungi kita,” katanya.
Leave a Reply