Berita Utama

Anak kucing disimbah minyak tanah lalu dibakar hidup-hidup

KEJAM dan zalim! Itu tindakan seorang individu yang sanggup membakar seekor anak kucing menggunakan pemetik api.

Tindakan itu dirakam individu berkenaan sendiri sebelum tular di media sosial hari ini.

Video berdurasi 46 saat itu menunjukkan lelaki berkenaan membakar bulu kucing hingga menyebabkan badan haiwan itu terbakar keseluruhan.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Arie Dwi Andika berkata, pihaknya sedang mengenalpasti lokasi kejadian itu berlaku.

“Kejadian mungkin berlaku di Malaysia dan ada kemungkinan juga berlaku di luar negara.

“Setakat ini pihak kami masih belum menerima sebarang maklumat di mana lokasi sebenar kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pihaknya menawarkan wang ganjaran RM3,000 kepada mana-mana individu yang dapat menyalurkan maklumat tepat lokasi kejadian.

“Pihak persatuan menawarkan ganjaran kepada mana-mana individu yang memberikan maklumat tepat di mana kejadian ini berlaku.

“Kita juga menggesa supaya tindakan segera diambil pihak berkuasa jika kes ini berlaku di dalam negara,” katanya.

Rata-rata netizen mencemuh dan mengecam tindakan pelaku yang dilihat tidak perikemanusiaan terhadap haiwan.

Loading...

1 Comment

  1. Aris

    Manusia yg membakar kucing ini harus di bakar hidup-hidup juga…

    Seandainya aku jumpa org ini…aku pasti dia akan terima nasib yg sama.

Leave a Reply

error: Content is protected !!